Fakulti Perhutanan UPM Anjur Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu Kali Ke-2 | FAKULTI PERHUTANAN
» BERITA » Fakulti Perhutanan UPM anjur Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu kali ke-2

Fakulti Perhutanan UPM anjur Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu kali ke-2


SERDANG 1 Nov - Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu kali ke-2 (ISSA 2016) pada 10-12 Oktober di Putrajaya bagi mengetengahkan kepentingan usaha pengeluaran gaharu secara mampan. ISSA 2016 merupakan satu usaha untuk mewujudkan rangkaian proaktif antara UPM dengan agensi yang terlibat dalam industri gaharu iaitu Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), dan Asia Pacific Association of Forestry Research Institutions (APAFRI).

 

Menurut Pengerusinya iaitu Profesor Madya Dr. Rozi Mohamed, simposium ini bertujuan untuk menyediakan satu pelantar bagi para saintis dan semua pihak yang berkenaan untuk bertemu, berkongsi idea, maklumat dan pengalaman dalam usaha penyelidikan dan inovasi gaharu/karas.

 

Simposium kali kedua ini telah berjaya meluas dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa serta meningkatkan rangkaian profesional antara para penyelidik dan semua pihak yang berkenaan. Ini jelas diperlihatkan melalui penajaan platinum yang telah disumbangkan oleh sebuah syarikat peladangan iaitu Asia Plantation Capital.  

 

Sejajar dengan penganjuran simposium ini, sebuah buku bertajuk ”Agarwood: Science Behind the Fragrance”, terbitan Springer telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia. Buku ini menjadi pelopor kepada penerbitan berkaitan gaharu dengan memberi tumpuan kepada usaha menangani pelbagai isu gaharu dari perspektif saintifik. Buku ini telah berjaya diterbitkan hasil sumbangan saintis gaharu yang telah menghadiri ISSA 2013, sementara Profesor Madya Dr. Rozi pula merupakan Editor buku tersebut.

 

Rozi Mohamed, PhD

Associate Professor


   

 

 



Tarikh Input: | Kemaskini: | s_ahyar

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0000
SXEYSAb~