Kem | FACULTY OF FORESTRY
» SISFEC » AKTIVITI » kem

kem

KEM EKSPLORASI PERKASA PUTRA –KOLEJ 10

 

Puchong, 16 Jan – Pada 16 hingga 18 Januari 2018, Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sepuluh dengan kerjasa-ma Pengurusan Kolej Sepuluh dan Bahagian Hal EHwal Pela-jar, UPM telah menganjurkan Kem Eksplorasi Perkasa Putra di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC).

Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini bertujuan  bagi mencari pelapis barisan MTM yang baru disamping memupuk semangat kekitaan di kalangan pelajar.  Hasrat Pengetua supaya dapat membentuk jatidiri pelajar selaras dengan garis panduan yang ditetapkan kemahiran insaniah UPM.  Seramai 70 orang pelajar Kolej Ke-10 bersama-sama dengan 11 orang pegawai pengiring telah menyertai kem ini. Kem ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tim-balan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Antarabangsa).

Kem Fun Survival 2-Kelab Outward Bounders UPM

Puchong, 11 Mac- Pada 9 hingga 11 Mac 2018, Kelab Outward Bound-ers UPM telah mengadakan Kem Fun Survival 2 di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC). Seramai 40 orang peser-ta yang merupakan ahli kelab terli-bat dengan kem ini.  Kem ini bertujuan mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari semasa Kem Fun Survival 1 yang telah dijalankan sebelum ini. Selain itu, program ini juga bertujuan membentuk mahasiswa yang men-guasai kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah melalui medi-um rekreasi seterusnya me-manfaatkan kemahiran tersebut di dalam kehidupan seharian mereka.

Updated:: 20/09/2018 [faiz_mokhtar]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467171
0389432514
C1539675670