Program Pengajian | FAKULTI PERHUTANAN
» AKADEMIK » Prasiswazah » Program Pengajian

Program Pengajian


1) Bacelor Sains Perhutanan

2) Bacelor Sains Teknologi Kayu

3) Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

 


Bacelor Sains Perhutanan (BSH)



Objektif program ini ialah untuk melatih pelajar dalam bidang perhutanan. Graduan yang dihasilkan daripada program ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus sumber hutan, industri perkayuan dan sumber rekreasi serta pelancongan secara efisyen berlandaskan prinsip pengurusan hutan secara berkekalan. Tempoh pengajian program Bacelor Sains Perhutanan ialah empat tahun ( 8 semester ). Secara khusus, program ini bertujuan untuk melahirkan graduan berikut :

i. Terlatih, profesional dan berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber hutan dan aktiviti dalam sektor perhutanan,

ii. Dapat menggunakan teknologi terkini dalam sektor perhutanan,

iii. Kreatif dan inovatif, berdaya saing dan bertanggungjawab ke atas masyarakat, budaya dan persekitaran, dan

iv. Mampu serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja global dalam aktiviti pembelajaran dan penyelidikan dalam sektor perhutanan


Peluang Pekerjaan

Antara bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan Bacelor Sains
Perhutanan (BSH) dalam sektor awam dan swasta adalah seperti berikut :

a . Sektor Awam

Graduan Bacelor Sains Perhutanan (BSH) mempunyai peluang pekerjaan yang terbuka
luas. Antara jawatan yang sesuai bagi graduan Perhutanan ialah :


* Pengurus / Pegawai Hutan

* Pemelihara hutan

* Pegawai Pensijilan Hutan

* Pengurus / Pegawai Hidupan Liar

* Pegawai Penyelidik

* Pegawai Sains

* Pegawai Tanaman Hutan Bandaran

* Pegawai Penggunaan Kayu

* Pengurus Ladang

* Pengurus Projek

* Pendidik

* Pegawai Tadbir / Pegawai Tadbir dan Diplomatik



b. Sektor Swasta

Di samping itu, graduan BSH boleh juga menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang berkait dengan perhutanan, industri perkayuan dan rekreasi. Antaranya seperti penglibatan dalam industri kecil kampung, perusahaan perabot dan hasil hutan yang lain, perusahaan kraf tangan, pembekal anak pokok bunga hiasan, pokok teduhan dan anak pokok hutan, pengedar alatan keperluan perhutanan, pengurus syarikat, pengarah projek, perunding projek perhutanan dan sebagai penasihat projek yang berkaitan dengan perhutanan, industri perkayuan dan taman rekreasi serta eko pelancongan. Antara jawatan yang sesuai di sektor adalah :


* Pelatih Pengurusan Kilang

* Pengurus Pengeluaran

* Pengurus Sumber Manusia

* Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan

* Pengurus Kawalan Mutu

* Pengurus Pemasaran

* Pengurus Promosi

* Pengurus Projek (Kilang)

* Pengurus Eksekutif Pengeluaran

* Pengurus Seranta

* Perunding

* Pegawai Pemesinan

* Pengurus Operasi Balak

* Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

* Pegawai Bank




Bacelor Sains Teknologi Kayu (BSTK)


Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan dan teknikal dalam industri berasaskan kayu bagi menampung keperluan negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, teori dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan dan teknologi terkini. Tempoh pengajian program Bacelor Sains Teknologi Kayu ialah 4 tahun (8 semester). Secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut :

i.     Berpengetahuan dalam menguruskan penggunaan sumber hasil hutan negara secara optimum,

ii.    Mahir dalam teknologi pembuatan dan pemprosesan bahan kayu dan lignoselulosa di samping peka terhadap perlindungan alam sekitar, dan

iii.   Mempunyai keupayaan sebagai pengurus profesional dalam bidang pengeluaran dan pemprosesan kayu dan hasil hutan



Peluang Pekerjaan

Antara bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan Bacelor Sains
Teknologi Kayu (BSTK) dalam sektor awam dan swasta adalah seperti berikut :



a. Sektor Awam

Di dalam sektor awam terdapat beberapa kementerian dan jabatan yang dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan BSTK. Di antara kementerian yang dapat menawar kanpekerjaan ialah Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian tinggi. Manakala jabatan dan institusi yang dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan BSTK ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Perhutanan Sarawak, Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lain-lain. Antara jawatan yang boleh disandang adalah :


* Pegawai Kawalan Mutu

* Pegawai Penggunaan Kayu

* Pegawai Penyelidik Perkayuan / Perhutanan

* Pegawai Sains

* Pegawai Perhubungan Perusahaan

* Pemeliahara Hutan

* Pegawai Tadbir / Pegawai Tadbir dan Diplomatik

* Pegawai Penerangan

* Pengajar Politeknik, Institusi Kemahiran dan Kolej Komuniti, Pusat Latihan

* Pegawai Tentera dan Polis

* Guru dan Pensyarah Bidang Perkayuan atau Perhutanan



b. Sektor Swasta

Graduan BSTK boleh bekerja dengan syarikat perkayuan yang terlibat dalam pelbagai industri berasaskan kayu seperti pengilangan papan, kilang papan lapis, kilang perabot, pembuatan papan panel kayu, papan serpai, pulpa dan kertas dan lain-lain lagi. Di samping itu peluang untuk menceburkan diri sebagai usahawan dalam industri perkayuan oleh graduan BSTK adalah luas. Antara jawatan yang sesuai di sektor industri berasaskan kayu dan berkaitan adalah seperti berikut :


* Pelatih Pengurusan kilang

* Pengurus Pengeluaran

* Pengurus Sumber Manusia

* Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan

* Pengurus Kawalan Mutu

* Pengurus Pemasaran

* Pengurus Promosi

* Pengurus Projek (Kilang)

* Pegawai Eksekutif Pengeluaran

* Pegawai Seranta

* Perunding

* Pegawai Pemesinan

* Pengurus Operasi Balak

* Pegawai Keselamatan dan Kesihatan







Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR)

Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi dan eko-pelancongan bagi menampung keperluan negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, teori, dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan, dan teknologi terkini. Program ini bukan sahaja akan melahirkan graduan yang menepati keperluan masa kini dan masa hadapan. Sejajar dengan trend global, iaitu "green tourism" yang memberi fokus kepada rekreasi dan pelancongan berimpak rendah dan mampan. Graduan dibekalkan dengan kemahiran pengurusan yang memanfaatkansains dan teknologi semasa serta asas penyelidikan, mampu menangani isu yang relevan serta menghasilkan idea dan teknologi baru yang mesra alam. Tempoh pengajian program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi ialah empat tahun ( 8 semester ). Secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut :

a) Terlatih dan profesional yang berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang taman dan rekreasi,

b) Dapat mengurus penggunaan teknologi terkini dalam pelbagai industri taman dan rekreasi serta pelancongan eko di sektor awam dan swasta,

c) Beretika, prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang dalam usaha menjadikan Malaysia negara terbilang, dan

d) Berupaya menjalankan penyelidikan dalam bidang sains taman dan rekreasi.



Peluang Pekerjaan


Antara bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan Bacelor Sains Taman
dan Rekreasi (BSTR) dalam sektor awam dan swasta adalah seperti berikut :



a. Sektor Awam


Di dalam sektor awam terdapat beberapa kementerian dan Jabatan yang dapat menawarkan pekerjaan ialah Kementerian Perladangan
dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Manakala jabatan dan institusi yang dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan BSTR ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Perhutanan  Sarawak, Jabatan Perlindungan hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Majlis Perbandaran, universiti dan lain-lain. Antara jawatan yang boleh disandang adalah seperti berikut :


* Pengurus Taman dan Rekreasi

* Pengurus Hutan Lipur

* Pegawai Hidupan Liar

* Pengurus Zoo

* Penguasa Taman Negara

* Pemelihara Hutan

* Pegawai Penyelidik

* Pegawai Sains

* Pegawai Perhubungan Awam

* Pegawai Tadbir / Pegawai Tadbir dan Diplomatik

* Pegawai Penerangan

* Pengawai Penguatkuasa

* Pengajar Politeknik, INSTITUSI kemahiran dan Kolej Komuniti, Pusat Latihan

* Pegawai Tentera dan Polis

* Guru dan Pensyarah Bidang Perkayuan atau Perhutanan



b. Sektor Swasta


Graduan BSTR boleh bekerja dengan syarikat perkayuan yang terlibat dalam pelbagai industri berasaskan kayu seperti pengilangan papan, kilang papan lapis, kilang perabot, pembuatan papan panel kayu, papan serpai, pulpa dan kertas dan lain-lain lagi. Di samping itu peluang untuk menceburkan diri sebagai usahawan dalam industri perkayuan oleh graduan BSTR adalah luas. Antara jawatan yang sesuai di sektor industri berasaskan kayu dan berkaitan adalah seperti berikut :


* Pengurus Resort

* Jurulatih Rekreasi dan Kepimpinan

* Pengurus Taman Tema

* Pengurus Pelancongan dan Rekreasi

* Usahawan

* Pengurus Sumber Manusia

* Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan

* Pengurus Pemasaran

* Pengurus Promosi

* Pengurus Projek

* Pegawai Seranta

* Perunding

* Pegawai Keselamatan dan Kesihatan




Kemaskini:: 28/08/2013 [s_ahyar]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697171
0397693768
B1566609565