FORESTRY LECTURE SERIES 2019 OLEH DR. ANTONIO BRUNORI | FAKULTI PERHUTANAN
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
FORESTRY LECTURE SERIES 2019 OLEH DR. ANTONIO BRUNORI
Tarikh
23 Sep 2019 - 23 Sep 2019
Masa
10.00 - 12.00
Lokasi
Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Perhutanan UPM
Ringkasan Acara
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan, berkenaan Forestry Lecture Series yang merupakan seminar akademik bulanan anjuran Jabatan Pengurusan Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Seminar akademik ini diadakan setiap bulan bertempat di Fakulti Perhutanan, UPM bertujuan menjadi platfom perbincangan akademik dan perkongsian ilmu dalam bidang perhutanan bersama institusi akademik lain, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Sehubungan dengan itu, Forestry Lecture Series yang akan diadakan adalah seperti berikut: Penceramah : Dr. Antonio Brunori (Secretary General PEFC Italy) Tajuk : Using Tree Talkers to "listen" the trees : PEFC reasearch project TRACE Tarikh : 23 September 2019 (Isnin) Masa : 10.00 am - 12.00 tgh hari Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Perhutanan UPM Bersama-sama ini dilampirkan maklumat lanjut berkenaan Forestry Lecture Series tersebut. Dipohon pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan, dapat menghebahkan jemputan ini di institusi yang berkenaan. Dipohon mengembalikan borang jawapan kehadiran sebelum 19 September 2019. Kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Kemaskini:: 17/09/2019 [faiz_mokhtar]

FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0000
SXDcVA7~