Syarat Kemasukan | FAKULTI PERHUTANAN
» AKADEMIK » Prasiswazah » Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan

Kelayakan Minimum Calon STPM

1) Sayarat Am Universiti
 
        i) Lulus SPM dengan baik

       ii) Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf

      iii) Peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya
             a) Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran pengajian Am, dan
             b) Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain

       iv) Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)

2) Syarat Khas Program

        i) Memenuhi syarat am universiti

       ii) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
          
           a) Biologi
           b) Kimia
           c) Fizik
           d) Matematik Tambahan atau Matematik Lanjutan Tambahan

 

Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM

1) Syarat Am Universiti

        i) Lulus SPM dengan baik

       ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf

      iii) Lulus matrikulasi KPM/Asasi Sains UM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

       iv) Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)

2) Syarat Khas Program

        i) Memenuhi syarat am universiti

       ii) Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 di peringkat Matrikulasi Sains Hayat

 

Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM

1) Syarat Am Univeristi

        i) Lulus SPM dengan baik

       ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf

      iii) Lulus matrikulasi KPM/Asasi Sains UM dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

       iv) Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)

2) Syarat Khas Program

        i) Memenuhi syarat am Universiti

       ii) Mendapat PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C            
           dalam satu daripada matapelajran berikut di peringkat Matrikulasi Sains Hayat:

           a) Biologi
           b) Kimia
           c) Matematik

 

Kelayakan Minimum Calon Asasi Sains Pertanian

1) Memenuhi Syarat Am Universiti

2) Syarat Fakulti Perhutanan
   - Lulus dan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 di peringkat Asasi Sains Pertanian


Kelayakan Calon Lepasan Diploma

Lulus Diploma yang sesuai dari UPM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh
Senat UPM dan mengambil Malaysia University English Test (MUET)


Kelayakan Calon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 dan 5 dan memenuhi syarat berikut:

          a) Lulus SPM dengan baik
          b) Lulus dengan kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia diperingkat SPM/setaraf

 


Kemaskini:: 15/04/2013 [s_ahyar]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697171
0397693768
B1566041561