Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS 2013) | FAKULTI PERHUTANAN
» BERITA » Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS 2013)

Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS 2013)

kempas2013


Seramai 42 murid Tingkatan 4 dari 12 buah negeri dan 2 buah Wilayah Persekutuan telah berjaya mengharungi pertandingan Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS) 2013 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan selama lapan (8) hari tujuh (7) malam di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Universiti Putra Malaysia, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.

KEMPAS merupakan program tahunan anjuran Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Subsidiri-subsidiari ExxonMobil di Malaysia (ExxonMobil) dan Berita Harian (BH) yang menjadi rakan media. KEMPAS 2013 telah diadakan pada 23 November 2013 hingga 30 November 2013.

Majlis Penutup KEMPAS 2013 telah diadakan pada 30 November 2013 di mana tetamu jemputan iaitu YBhg. Tuan Haji Zainudin Abas, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir sama adalah YBhg. Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim, Dekan Fakulti Perhutanan, Encik Hazizi Hassan, Pengurus Perancangan dan Analisa Perniagaan, ExxonMobil dan juga Encik Ridzuan Yop, Pengarang Berita Pendidikan, Berita Harian.

Tahniah diucapkan kepada SMK Putrajaya Presint 16 (1) yang telah menjadi johan KEMPAS 2013. SMK Trolak dari Perak mendapat naib johan manakala  SMK Bertam Indah dari Pulau Pinang telah mendapat tempat ketiga



Johan - SMK Putrajaya Presint 16



Naib Johan - SMK Trolak dari Perak  



Ketiga - SMK Bertam Indah dari Pulau Pinang



Tarikh Input: | Kemaskini: | s_ahyar

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0000
SXETRAP~