Kem Perhutanan 2019 | FAKULTI PERHUTANAN
» BERITA » Kem Perhutanan 2019

Kem Perhutanan 2019

Kem Perhutanan 2019 yang bertemakan “Combating Climate Change through Young Foresters” yang dijalankan selama 14 hari bermula dari 30 Jun hingga 13 Julai 2019 bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Program yang dianjurkan oleh Fakulti Perhutanan, UPM ini akan mendedahkan pelajar baharu tentang teori dan kemahiran asas perhutanan serta membentuk kemahiran insaniah pelajar.

Seramai 160 orang pelajar daripada Fakulti Perhutanan dan pelajar dari pelbagai Universiti di Indonesia terlibat dengan program Kem Perhutanan 2019 yang menekankan modul pembelajaran seperti kepentingan ekosistem dan hutan, pendedahan mengenai penghasilan produk hijau yang berkualiti serta peranan komuniti bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.

#WeLoveUPM
#BerilmuBerbakti

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 11/10/2019 | siti_aisyah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0000
SXEQUAx~