Program Khidmat Masyarakat | FAKULTI PERHUTANAN
» BERITA » Program Khidmat Masyarakat

Program Khidmat Masyarakat


Kajang 25 Nov 2016 - Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan satu program khidmat masyarakat diberi nama "Planting Is Fun" di Tadika Q-dees Hillpark Kajang. Program ini telah dilaksanakan oleh 12 pelajar dari Fakulti Perhutanan UPM dibawah bimbingan Prof. Madya Dr. Rozi Mohamed. Ia bertujuan memupuk sifat sayangi pokok dalam kalangan kanak-kanak tadika dari umur 4 hingga 6 tahun. Mereka telah diberikan penerangan cara menanam pokok dengan betul dan seterusnya menanam sepuluh jenis pokok di kawasan tadika. Pelbagai jenis pokok telah ditanam seperti merawan siput jantan, karas, jambu madu, meranti daun besar, lengkuas padi, serta gandarlusa. Selain aktiviti menanam, pelajar-pelajar UPM turut membuat satu persembahan pendek untuk memberikan kesedaran akan kepentingan pokok kepada alam sekitar dan haiwan. Aktiviti yang telah dijalankan berjaya menarik perhatian kanak-kanak tersebut. Menurut Prof. Madya Dr. Rozi, kanak-kanak seharusnya ditanamkan semangat cintakan alam sekitar sejak kecil agar mewujudkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan dan melestari alam.

 

 


Tarikh Input: | Kemaskini: 14/03/2017 | faiz_mokhtar

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0000
SXETOAc~