UPM, FRIM Jalin Kerjasama Pintar Dalam Penyelidikan Hutan | FAKULTI PERHUTANAN
» BERITA » UPM, FRIM Jalin Kerjasama Pintar Dalam Penyelidikan Hutan

UPM, FRIM Jalin Kerjasama Pintar Dalam Penyelidikan Hutan



Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjalinkan kerjasama pintar dalam bidang penyelidikan perhutanan, pembangunan sumber manusia dan pembelajaran sepanjang hayat khususnya berkaitan ijazah lanjutan. Majlis menandatangani MOU di antara kedua-dua pihak ini telah diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM pada 11 April 2013.



Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, telah mewakili Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan (MFRDB) dalam menandatangani perjanjian tersebut sementara UPM diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan. Perjanjian ini membolehkan para pensyarah UPM menjalankan sabatikal mereka di kampus FRIM sementara para penyelidik FRIM juga berpeluang dilantik sebagai tenaga pengajar di UPM.

MOU ini juga akan memberi manfaat bersama melalui aplikasi penggunaan program-program pembangunan  sepanjang tempoh lima (5) tahun khusus bagi tujuan perkembangan penyelidikan dan pembangunan bidang perhutanan termasuklah perubahan iklim, pemperosesan terkini, pemuliharaan hutan dan penjagaan alam sekitar.

Turut hadir di majlis, Timbalan KP (Operasi) FRIM, Dr Norini Haron, Timbalan KP (Penyeledikan), Dr Mohammed Nor Mohd Yusoff, Dekan Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Datin Dr Faridah Hanum Ibrahim dan Pengarah Keluaran Hutan FRIM, Dr Rahim Sudin.



Tarikh Input: | Kemaskini: | s_ahyar

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0000
SXEaJAq~