Pengenalan | FAKULTI PERHUTANAN
» JABATAN & SEKSYEN » Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan » Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 September 2012 dan menawarkan program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi mulai Sesi 2011/2012. Ahli Jabatan adalah terdiri daripada 14 orang pegawai akademik (5 Profesor Madya, 7 Pensyarah Kanan, 2 Pensyarah) 7 orang tutor, seorang pegawai penyelidik serta 8 orang pegawai pelaksana. Dengan penempatan utama di Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC), Jabatan ini terdiri daripada 9 makmal; Makmal Pentadbiran Taman, Makmal Interpretasi, Makmal Perancangan Taman, Makmal Teknologi Maklumat, Makmal Perniagaan Rekreasi, Makmal Ekologi Rekreasi, Makmal Rekreasi Hidupan Liar, Makmal Operasi & Penyelenggaraan serta Makmal Rekreasi Luar manakala satu Makmal Hutan Bandar & Arborikultur di kampus utama di Serdang.

Pengkhususan kepakaran pegawai akademik Jabatan ini termasuklah dalam bidang Ekologi Rekreasi (Recreation Ecology), Pemprograman Rekreasi (Recreation Programming), Keusahawanan Rekreasi (Recreation Entrepreneurship), Kemahiran Rekreasi Luar (Outdoor Recreation Skills), Pentadbiran Taman (Parks Administration) Perancangan dan Rekabentuk Taman (Parks Planning and Designing), Interpretasi Persekitaran (Environmental Interpretation), Kepemimpinan Rekreasi (Recreation Leadership),  Rekreasi Terapi (Therapeutic Recreation), Pengurusan Risiko Alam Liar (Wilderness Risk Management), Ekonomi Rekreasi (Recreation Economy) dan Ekopelancongan (Ecotourism).

Penubuhan Jabatan ini adalah seiring dengan aspirasi negara untuk mewujudkan industri pelancongan sebagai pemacu kekuatan ekonomi negara bersesuaian dengan prinsip pembangunan industri pelancongan yang mapan. Bidang ekopelancongan merupakan salah satu daripada 11 sektor yang terangkum di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Di bawah pelaksanaan program NKEA, bidang ekopelancongan akan bakal meningkatkan permintaan tenaga kerja professional dalam dalam industri pelancongan yang berteraskan alam semulajadi. Pihak Jabatan juga dalam perancangan untuk menawarkan program Master Ekopelancongan Tropika yang menawarkan kursus-kursus berteraskan prinsip ekopelancongan  tropika di peringkat pasca siswazah.  Program-program akademik Jabatan ini berpotensi untuk memantapkan program akademik dan kepakaran yang wujud di Fakulti Perhutanan secara khususnya serta Universiti Putra Malaysia secara amnya.


Kemaskini:: 24/09/2013 [s_ahyar]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697171
0397693768
B1566481604