| FAKULTI PERHUTANAN
senarai pengumuman terkini

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuka kaunter pendaftaran pemilih bagi memudahkan warga UPM untuk menyemak dan mendaftar sebagai pemilih (pengundi). Tarikh dan tempat kaunter tersebut akan dibuka adalah seperti di bawah:

 

Tarikh    :    19 - 20 Oktober 2017 (Khamis - Jumaat) 

Masa     :    9.00 pagi - 4.00 ptg (Bangunan Canselori Putra)

              :    9.00 pagi - 12.00 tgh  (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan)

              :    2.00 ptg - 4.00 ptg (Fakulti Kejuruteraan)

 

Semua warga UPM adalah dijemput untuk hadir ke kaunter pendaftaran ini bagi menyemak dan mendaftar sebagai pemilih (pengundi). Kerjasama dan perhatian semua mengenai perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) akan mengadakan Majlis Ikrar Pelajar Siswazah Baharu Semester 2, 2017/2018 seperti butiran berikut:

Tarikh : 20 Februari 2018 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr./tuan/puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Pihak Fakulti memohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./tuan/puan untuk tidak meletakan kenderaan/ mempakir kenderaan di kawasan bulatan hadapan pintu masuk Fakulti.  Ini kerana tindakan tersebut akan menghalang laluan keluar masuk ke Fakulti.  
 
Sehubungan itu, Pihak Pengurusan Fakulti mengambil keputusan untuk melarang semua warga Fakulti   memakir/meletakan kenderaan di kawasan tersebut.  Kegagalan warga fakulti mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan YBhg. Prof./Dr./tuan/puan dikenakan  tindakan undang-undang seperti yang telah ditetapkan oleh  Bahagian Keselamatan Universiti Putra Malaysia.
 
Di atas perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Prof./Dr.tuan/puan mengenai perakara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Perabot yang akan berlangsung pada:
 
Tarikh : 29 Januari 2019 (Selasa)
Masa :2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah Hutan, Fakulti Perhutanan 
Aturcara : Seperti di Lampiran
 
 
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Datin/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke majlis ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Bersama ini, dilampirkan Surat Jemputan dan Tentatif Program untuk makluman YBhg. Prof./Datin/Tuan/Puan.

Salam sejahtera,

 

Dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan akan menerima kujungan dari School of General Education, Shinsu University, Japan pada minggu hadapan.

 

Berikut ialah maklumat tentang lawatan tersebut:

  

Tarikh  : 11 Mac 2018

Masa    : 10 – 11 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat 1

Aktiviti : Pembentangan penyelidikan sosial di Sarawak

Pelawat : Profesor Kentaro Kanazawa dan 12 orang pelajar        

 

Dijemput semua yang berkelapangan untuk hadir. 

Harap maklum, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Perhutanan dengan kerjasama Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), UPM akan menganjurkan Majlis Syarahan Inaugural Profesor Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin  bertajuk “Good Fire, Bad Fire: The Role Of Fire In Tropical Forest Ecosystems” seperti berikut:
 
                   Tarikh      : 19 April 2019 (Jumaat) 
                   Masa        :  9.45 pagi
                   Tempat    : Dewan Kuliah Hutan, Fakulti                                          Perhutanan
FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697171
0397693768
B1566609520