Pengenalan | FAKULTI PERHUTANAN
» JABATAN & SEKSYEN » Jabatan Pengurusan Hutan » Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Pengurusan Hutan ditubuhkan pada tahun 1973 dengan matlamat melahirkan graduan terlatih, profesional dalam bidang pengurusan hutan. Untuk mencapai matlamat tersebut, jabatan menawarkan program Bacelor Sains Perhutanan. Bagi memperkukuhkan bidang pengurusan hutan, jabatan menyediakan prasarana dan modal insan bagi melaksanakan penyelidikan dan khidmat masyarakat.

Program Bacelor Sains Perhutanan merupakan program pelbagai disiplin yang melibatkan komponen pengurusan hutan, kepelbagaian-bio, silvikultur hutan, ekologi hutan, hidrologi dan ekonomi dalam perhutanan. Disamping itu pelajar juga akan didedahkan dengan latihan profesional di mana pelajar ditempatkan dipelbagai agensi awam dan swasta untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam menyelesaikan masalah secara lebih praktik dalam keadaan sebenar.

Pegawai Akademik Jabatan ini mempunyai pelbagai latar belakang dalam bidang pengkhususan yang berkaitan dengan pengurusan hutan. Di antara aktiviti penyelidikan dan kerja perundingan yang dijalankan merangkumi bidang kepelbagaian-bio,hidrologi, bioteknologi hutan, pemuliharaan hutan, inventori hutan, entomologi hutan, ekonomi dalam perhutanan.

Jabatan juga dilengkapi dengan makmal dan peralatan pengajaran seperti herbarium, sains tanah, bioteknologi, operasi hutan, hidrologi, entomologi dan patologi, teknologi biji benih, teknologi maklumat, fisiologi dan ekologi hutan. Antara alatan utama dalam makmal ini adalah alatan high performance liquid chromatography (HPLC), carbon hydrogen nitrogen and sulfur analyzer (CHNS), atomic absorption spectrophotograph (AAS), biochemical oxygen demand incubator  (BOD), atomic bom calorimeter, laser hypsometer, high pressure flow meter (HPFM), portable photosynthesis system, gel imaging, incubator shaker dan realtime polymerase chain reaction (RTPCR).

Dengan gabungan modal insan dan peralatan yang ada, jabatan ini menawarkan kursus akademik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
pengurusan hutan.


Kemaskini:: 24/09/2013 [s_ahyar]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697171
0397693768
B1566039265