SHORT TERM OUTWARD MOBILITY PROGRAM DI ANTARA FAKULTI PERHUTANAN, UPM DAN QUT | FACULTY OF FORESTRY
SHORT TERM OUTWARD MOBILITY PROGRAM DI ANTARA FAKULTI PERHUTANAN, UPM DAN QUT


Pada 25hb. September sehingga 03hb. Oktober telah berlangsung Short Term Outward Mobility Program (STOMP) 2015 di antara UPM dan Queensland University of Technology (QUT), Brisbane. Program yang pertama kalinya diadakan di UPM dan Malaysia telah disertai oleh 15 peserta daripada QUT dan 27 peserta daripada UPM. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengajaran dan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah khususnya daripada kalangan Orang Asli di dalam menguasai Bahasa Inggeris dan teknologi maklumat. Program ini telah memilih SK Temai, Pekan, Pahang disebabkan populasi pelajar Orang Asli yang terdapat di sekolah tersebut adalah 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di sekolah tersebut. Kerajaan negeri Pahang serta Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pahang turut memberikan kerjasama dan sokongan terhadap STOMP. Selain daripada itu, Pengerusi JKKK Kampung Temai dan Permatang Siput iaitu penempatan Orang Asli turut terlibat sama dengan program inap desa selama 2 hari 1 malam bersama para perserta program. Kerjasama dan sokongan baik di antara semua pihak di dalam menjayakan STOMP telah berjaya meninggalkan kesan positif terhadap mereka yang terlibat di dalam program ini. Para pelajar di SK Temai telah berjaya menyiapkan empat projek bersama peserta STOMP. Empat projek tersebut adalah berasaskan Bahasa Inggeris dan teknologi maklumat dan telah dipersembahkan pada hari terakhir peserta STOMP berada di SK Temai yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, para guru sekolah, Pengerusi JKKK Kampung Temai dan Permatang Siput serta keluarga yang menyertai program inap desa bersama perserta STOMP.

Hasil impak positif daripada STOMP telah mengakibatkan pihak QUT berminat untuk mengadakan program ini lagi pada masa hadapan bersama UPM. Malahan kerajaan negeri Pahang juga turut berminat untuk menjadi tuan rumah kepada projek seumpamanya sekiranya ianya diadakan lagi pada masa hadapan. Perbincangan lanjut di antara pihak QUT dan Fakulti Perhutanan, UPM telah diadakan bagi membincangkan kerjasama dua hala di antara dua universiti ini di dalam pelbagai bidang pada masa hadapan. Program ini juga telah berjaya mengeratkan hubungan di antara UPM, QUT, kerajaan negeri Pahang dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Peluang kerjasama di antara kesemua pihak terbuka luas dan menunjukkan perkembangan yang positif. Semoga STOMP akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan dengan skala yang lebih besar untuk memberikan kesan yang lebih menyeluruh kepada semua pihak.

 

Disediakan oleh;
Dr. Siti
Suriawati Isa
Penasihat
STOMP 2015


Updated:: [s_ahyar]

FACULTY OF FORESTRY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467171
0389432514
AACSB International SIRIM UKAS